Thursday, December 27, 2012

Imtihan. :)

Assalamualaikum!

Lebih setahun tak update blog ni. Nak cakap sibuk dengan anak, kahwin pun belum lagi. :)

Hari ni tiba-tiba tergerak hati dan tangan nak post something kat blog ni. Rindu sebenarnya nak posting. ( ye la, cakap je rindu, tapi biar bersawang. hehe.)

2 hari lagi, saya akan menempuh exam. kali ini, exam ini akan memcabar kefahaman dan daya ingatan saya dalam muamalat, fokus bagi pelajar tahun 2 yang mengambil jurusan syariah Islamiyah di Universiti al-Azhar. Tahun lepas, fokus pelajaran saya adalah berkaitan ibadah.

Doakan supaya saya mampu melakukan yang terbaik. :)



 

Monday, October 24, 2011

HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH

Amatlah rugi lagi menyedihkan bagi mereka yang telah direzkikan Allah dengan sebaik-baik nikmat tetapi tidak mengambil kebaikan dari nikmat tersebut.


“ Umpama semut mati dalam timbunan gula”


Mungkin inilah kata-kata yang terbaik untuk menggambarkan mereka yang berada di Mesir atau negara lain tetapi tidak menggunakan kesempatan yang seketika itu untuk menyibukkan diri dengan majlis ilmu dan mengutip pengalaman sebanyaknya. Sama ada ilmu agama, ilmu kepimpipinan, ilmu pengurusan dan sebagainya. Kerana, peluang itu terbuka luas tetapi segelintir dari kita, para penuntut ilmu bagaikan sengaja membutakan mata dan melumpuhkan badan dari melihat kenyataan ini. Mereka yang lebih selesa menghabiskan masa dengan berjam-jam bermain game, melayari facebook, mengulang-ulang cerita korea dan lain-lain lagi.


Bagi saya yang masih lagi bertatih untuk bertutur dalam bahasa Arab, saya cuba menggunakan masa di kuliah sebaik-baiknya untuk bersembang-sembang kosong dengan rakan-rakan misriyin ini. Pantang buat saya untuk tidak berada di sebelah orang arab. Pantang juga buat saya untuk tidak memakai earphone sepanjang hari. Bukan mendengar lagu korea atau Misha Omar. Tetapi 'menyeronokkan' diri dengan mendengar coleteh DJ Izaatul Quran atan Sautul Arab minal Qaherah. Dua channel kegemaran saya yang sentiasa sibuk dengan tazkirah dan diskusi ilmiah. Moga usaha yang sedikit ini membolehkan saya fasih berbahasa Arab dalam masa 3 bulan. InsyaAllah.


Lebih menyedihkan, tatkala pulang ke tanah air dengan sangkaan penduduk kampung, mereka yang telah merantau jauh dari Malaysia ini bersedia mencurahkan bakti kepada ummat yang bertambah runcing permasalahannya, tetapi mereka tidak mampu berbuat demikian. Berbagai alasan diberikan untuk mengelakkan diri terlibat dengan gerak kerja mengislahkan masyarakat. Ya, akhirnya produk-produk 'oversea' ini menjadi fitnah kepada institusi pengajian sendiri.


Apa tunggu lagi? Bangun dan lihat ke dalam cermin. Siapakah dirimu 10 tahun lagi. Maka bersiaplah memacu perubahan. :)


Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami cenderung kepada kesesatan sesudah engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia.


Our Lord! Let not our heart deviate (from the truth) after You have guide us, and grant us mercy from Your own Presence; for You are the Besr Grantor ( of bounties without measure)



Thursday, October 20, 2011

Kuliah oh kuliah.

Hari ini entah kali ke berapa aku ke kuliah. Entah, walaupun ramai kawan sebangsa denganku menunjukkan riak tidak selesa dengan keadaan kelas yang seba dhaif ditambah pula dengan perangai 'segelintir' minah-minah Arab yang agak 'sopan', aku tetap berkata, seronoknya pergi ke kuliah. :)


  1. Inilah peluangnya aku menge'test' keupayaan bahasa Arab yang telah aku pelajari ilmunya di Malaysia selama 7 tahun. Ya, suatu tempoh yang lama. Dan aku seyakinnya pasti ilmu ini hanya akan dicabar bila aku berada di gelanggangnya yang sebenar. Bila muncul cabaran sebegini, aku semakin berkobar-kobar menambahbaik kelompangan yang sememangnya wujud.

  2. Aku mula mengenal lebih dekat budaya, kecenderungan, minat dan sikap masyarakat yang berlainan bangsa, tempat tinggal, bahasa pertuturan tetapi SEAGAMA. Indahnya kelainan dalam kesatuan. Perbezaan itu kekuatan bukan perselisihan.

  3. Kagum dengan duktur dan dukturah yang mengajar dengan gaji yang sangat minima. Mengisi minda para pelajar dengan makanan intelek atau ilmu pengetahuan dengan harapan apabila pulangnya 'kami' ke tanah air, kami juga menyebarkan kalam syarahan mereka.

  4. Bus dan trenco yang sentiasa penuh tanpa mengira waktu sungguh mencuri tumpuanku. Manakan tidak. Bukan sekali dua aku diajukan soalan. “ malayzia au russia?” “ Ana malayzia” Acap kali jawapan ku bukannya disambut deretan soalan tetapi disambut dengan doa yang panjang. Mendoakan kejayaanku dunia dan akhirat. Siapa yang tidak mahu didoakan?


Banyak lagi yang bisa aku senaraikan tetapi cukuplah beberapa sebab yang aku kira cukup konkrit untuk memastikan jasad dan jiwaku hadir dalam setiap kuliah. Harapanku, bukanlah supaya semua orang menjadi seperti aku. Aku juga bukan ingin berbangga dengan diri sendiri.

Aku pasti setiap orang punya persepsi yang berbeza bagi setiap situasi yang muncul dalam hidup mereka. Namun, apa yang paling penting, bagaimanakah kita mampu melawan persepsi negatif itu agar menjadi booster dan motivasi untuk kita terus bertahan. Ya, tidak lain tidak bukan, pandanglah dengan pandangan hikmah. berfikirlah dengan fikiran POSITIF.

Friday, October 14, 2011

Belajar dari Mak Lang

Saya bercita-cita untuk menjadikan blog ini fully written oleh saya. Tetapi, membelek buku TENTANG CINTA karangan Pahrol Mohd Juoi, seorang master dalam cinta, membuatkan saya begitu teruja untuk berkongsi dengan semua yang melapangkan sedikit masa untuk menziarah blog yang tak seberapa ini. Oleh itu, untuk kesekian kalinya, saya juga melapangkan sedikit masa saya untuk menyalin sebuah artikel yang saya telah jatuh cinta dengannya. Cinta pandang pertama :)


Ikuti kisah Mak Lang : Memberi Bukan Untuk Menerima


Mata sayu memandang pusara Mak Lang. Di sebelahnya pusara suaminya Pak Lang. Terbayang satu persatu episod kenangan saya bersama mereka. Pak Lang meninggal sewaktu saya baru memulakan pengajian di universiti, manakala Mak Lang pula menyusul tiga bulan kemudian. Mereka meninggal atas sebab-sebab biasa – kata orang sakit tua. Mak Lang seingat saya berusia 80 tahunn ketika meninggal, Pak Lang mungkin lebih lagi.


Mak Lang terutamanya, tidak mengajar saya tantang ilmu rumahtangga, tetapi saya banyak belajar dari cerita-cerita dan amalannya.

Mak Lang ada gaduh-gaduh tak dengan Pak Lang? “ tanya saya

Eh, kau ni... Pak Lang kau tu panas baran juga orangnya. Ada le gaduh tapi tak selalu.... “


kalau gaduh, Mak lang buat apa? “

Pak Lang kau tu cepat reda, datang le dia memujuk.”

Wah, romantik juga ya. Apa kata pujukan Pak Lang? “ usik saya

Dia tak cakap apa-apa. Dia tengok apa Mak Lang buat, dia tolong. Itu Mak Lang tahulah...dia pujuk. Atau tiba-tiba dia pergi kedai, beli bahan masakan kegemaran Mak Lang...kemudian dia kata, jom masak sama-sama.”

Apa kau tanya-tanya ni... Mak Lang bukan pandai sangat. Orang kampung biasa. Kau tu kan belajar tinggi.”


Taklah Mak Lang, saya cuma nak dengar kisah-kisah Mak Lang. Dulu masa ada Pak Lang, takut saya. Dia tu garang orangnya, “ akui saya terus-terang.

Garang-garang pun suami kita. Mak Lang tak harap apa-apa masa mula dijodohkan dengan Pak Lang kamu...”

Maksud Mak Lang?”

Mak Lang tak pernah bayangkan suami Mak Lang mesti begini, begitu...Hati Mak Lang terima bulat Pak Lang kamu sejak diakad nikah. Yang Mak Lang fikir, macam mana Mak Lang perlu buat bila dah kahwin nanti...kena masak, kena jaga rumah, kena layan suami, kena didik anak...Mak Lang sedia itu sahaja. Mak Lang fikir singkat sahaja. Tak pandai pasang angan-angan.”

Singkat tapi tepat. Mudah tapi berhikmah. Mak Lang mungkin tidak mengetahui falsafah ilmu rumahtangga. Tetapi hati, perlakuan dan kata-katanya menepati ilmu yang dihuraikan oleh buku-buku besar ahli falsafah. Ilmu itu pada tindakan.


Mak Lang belajar urut-urut tak?”

Manalah ada “

Habis...kata Pak Lang dulu Mak Lang pandai mengurut?”

Gurau dia sahaja tu. Asalnya begini, dia jatuh sewaktu bekerja di kebun. Terhencot-hencot dia balik rumah. Tak sampai hati Mak Lang tengok, lalu Mak Lang urut. Ikut sedap tangan je. Baik pula. Sejak itu, apa-apa sakit, dia cari Mak Lang.”

Mak Lang tahu cakar harimau? “

Apa tu? “

Eh, tak da le. Apa petua Mak Lang dalam urut-mengurut ni? “

Urut dengan hati kita....kerana sayang, kesian, kasihkan dia. Bukan sekadar nak ambil hati.”

Kerana nak beri kasih sayang, bukan nak dapat kasih sayang? “ tanya saya

Kau lebih pandai. Mak Lang tak pandai cakap macam tu.”


Apa yang Mak Lang rasa hilang sangat bila ditinggalkan Pak Lang?”

Dia diam tiba-tiba. Tapi Mak Lang memang 'relaks'. Tak pernah saya lihat dia menangis. Sewaktu Pak Lang meninggal dunia dulu pun, dia macam biasa. Berdoa, membaca al-Quran dan membantu menyelenggarakan urusan-urusan penyempurnaan jenazah.

sembang-sembang Pak Lang kamu...” katanya pendek.

Sembang-sembang saja? Ujar saya hairan

Ya, sembang-sembang Pak Lang kamu adalah penawar hati Mak Lang. Sambil sembang dia memujuk , memberi ilmu, sampaikan panduan. Pandai dia bercerita. Tapi ada makna. Kekadang penuh gurauan, dia tahu Mak Lang tengah sedih...”


Bila Pak Lang suka sembang?”

Bila ada kesempatan. Kadang-kadang sambil kami lipat baju. Masa anak-anak kecil dulu, kami bersembang sewaktu memasak, kalau dia tak ke kebun. Tapi paling dia tidak pernah tinggalkan ialah sembang malam. Sembang-sembang menjelang tidur.”

Saya senyum. Dengan pemikiran yang 'simple', bahasa dan istilah yang mudah. Mak Lang berkisah- praktik ilmu motovasi terkini. Yang ditulis dalam pelbagai buku yang mahal dan tebal-tebal. Tapi Mak Lang dan Pak Lang hanya 'orang kampung', mereka hanya 'menulis' dalam kehidupan. ' Berceramah' dengan amalan harian.

Siapa yang kuat sangat nak hantar anak-anak belajar tinggi?” tanya saya.

Kami berdua. Tak nak anak-anak susah...Pak Lang kamu tak belajar tinggi. Setakat tahu baca dan mengaji sahaja. Tapi dia yakin, nak berjaya masa akan datang mesti dengan ilmu.”


Anak sulung mereka seorang jurutera. Manakala yang kedua pula menjadi seorang guru. Ketiga, polis dan yang bongsu seorang doktor.

Mak Lang mengajar mengaji kan?”

Mak Lang tekad. Anak-anak mesti khatam Quran di tangan Mak Lang sendiri. Wuduk, solat, taharahnya dah diajar di sekolah. Pak Lang kamu cuma tengok perbuatannya di rumah. Dia garang, tak berani anak-anak nak tinggal solat.....dirotannya!”


Apa falsafah hidup Mak Lang?”

Mak Lang tak pandai..... Mak Lang hanya buat apa yang Mak Lang patut buat. Rasanya Pak Lang pun begitu juga. Rasa kami sama, sebab selalu bersama...”

Tapi ada orang selalu bersama, tapi rasa mereka tak sama.... Kenapa Mak Lang?”

Tak tahulah pula. Tapi Mak Lang dulu selalu buat macam ni... Mak Lang selalu fikir apa yang Pak Lang rasa, bukan yang Mak Lang rasa. Kalau keadaan macam ni, macam mana Pak Lang buat. Kalau macam tu, macam mana pula Pak Lang bertindak. Entahlah, akhirnya, Mak Lang rasa : Dalam diri Mak Lang, Mak Lang tak ada....yang ada cuma Pak Lang.”


Wah, ini lebih tinggi dari prinsip 7 habits, Stesen Covey – Seek to understand than to be understood.

Pak Lang rasa macam tu juga ke? Yang ada hanya Mak Lang?”

Sekali-sekala datang juga pertanyaaan macam tu. Tapi Mak Lang tepis cepat-cepat. Kita buat apa yang patut kita buat. Isteri kena sayang suami tanpa harap balasan dan sebarang alasan....”

Ini lebih hebat, prinsip teras dalam cinta rumahtangga – Unconditional Love.

Saya renung buat kesian kalinya pusara Mak Lang. Sudah lama saya tidak ziarah untuk mengambil ibrah. Namun, setelah saya berumahtangga kini, terbayang satu-persatu kata-kata bersahajanya. Mereka bukan wira yang perlukan tugu ketenangan. Atau negarawan besar perlu diberi pangkat dan gelaran. Mereka hanya manusia biasa, yang menjadi 'luar biasa' dengan sikap biasanya – jujur, telus dan tulus. Memberi bukan untuk menerima!

Friday, September 30, 2011

pujuklah hatimu


Bila harapan yang mengunung tinggi bagaikan hancur diranap angin taufan yang tak berpertanda

Bila kaki tak mampu melangkah bagaikan terikat oleh tali yang kuat mencengkam,

Bila mata hanya mampu memandang dari kejauhan melihat hak yang tidak berkesempaian

Bila hati cuma mampu meronta menjerit sekuatnya tanpa suara

maka, di saat itu,


Pujuklah dirimu mencari hikmah kebenaran yang tersirat..

Lupakan sementara hal yang mengecewakan

Senyumlah melihat mereka di sekelilingmu


Pasti, kembalikan segalanya kepada Pemiliknya, ya Allah..


ya. saya juga memujuk hati :)

Wednesday, September 21, 2011

Saya Pun Minat Zizan

A: Tengok cite ape?

B: Hantu Bonceng, Zizan berlakon kot, dengan Juliana Evans lagi tu.

“ adeh..cerita melayu ke? Tak ape lah....”

Buka MalaysiaKini.

Kenapa kecoh sangat pasal Hantu Bonceng ni? Kena tengok juga ni.

Saya menonton cerita ini dalam keadaan hati rela dan paksa, fikiran negatif dan positif, mulut cuba disilentkan dari kejian atau pujian. Dari awal sehinggalah ke akhir.

Saya MARAH tetapi tidaklah BERKOBAR-KOBAR

Saya MENGELENG KEPALA entah untuk ke berapa kalinya

Saya KASIHAN melebihi KESEDIHAN

Isu Zizan di hospital memang mengundang kontroversi dan kritikan. Senang Melodi nak buat cerita.Alhamdulillah, ramai yang menunjukkan sensitiviti mereka. Tidak sedikit yang lantang menyuarakan pendapat. Tapi sayang, saya bukanlah dalam kalangan mereka tersebut. Saya lebih berminat pada babak-babak lain.

Babak 1:

Baby membonceng Usu ke rumah. Setibanya mereka di rumah.

“ Alhamdulillah, syukur kita selamat sampai bla bla bla”

Babak 2:

“ Maaf, tak boleh salam, saya ada wudhuk “

Adegan antara Kunyit dan Ton.

Babak 3

Zizan dan Kunyit bersungguh-sungguh menangis setelah ditazkirah Cat

Babak biasa yang ada dalam filem Melayu. Babak mempermainkan Islam yang sudah terbiasa.Babak yang jelas menunjukkan kecelaruan kefahaman atau kekeliruan identiti. Nampak macam Islamik tapi sebenarnya something wrong somewhere. Dan yang lebih penting, nampak macam halal tapi sebenarnya HARAM.

Orang yang punya kefahaman cetek akan terfikir

“ Boleh kapel tapi kena selalu ingat Allah dengan banyak-banyak sebut nama Allah”

“ Kalau tak ada wudhu bolehlah sentuh perempuan”

“ Kalu nak bertaubat, kena nangis sungguh-sungguh cukuplah “

Itulah akibatnya bila niat mulia penerbit atau pengarah filem ini tidak mengikut manual yang tepat.Niat memberi kesedaran akhirnya menjadi penggalak kepada kemaksiatan. Kefahaman yang tiga suku menjadi lesen untuk menghalalkan yang haram. Dan kerana ini jugalah kesalahan Zizan di hospital tersebut boleh terlepas pandang oleh mereka.

Salah siapa?

Seadilnya kesalahan ini tidak boleh dipikul mereka berseorangan.

Mereka jahil dalam hal agama.

Mereka tidak mempunyai latar belakang ilmu agama yang tinggi.

Mereka juga tidak mempunyai penasihat khusus dalam bidang ini.

Isu ini juga bukanlah gimik untuk dipolitikkan.

Alangkah baiknya kalau.................

“ Wujudnya panel syariah yang bertindak sebagai SIRIM bagi filem-filem di Malaysia “

Niat suci mereka ini akhirnya dimurnikan dengan jalan yang lebih syarie. InsyaAllah, saya optimis jika alangkah menjadi realiti, saya bakal menjadi peminat no 1 cerita Melayu dan juga Zizan :)

Sunday, September 18, 2011

ONE DAY I AM DR FARIDA


Situasi 1

“ farida, kenapa tak ambil medik lepas SPM? “

“ Apa kata awak ambil degree dalam medik tapi dalam masa yang sama awak ambil degree dalam syariah juga”

mendengar dialog ini ditujukan kepada saya menyebabkan saya terfikir.

“ Ramai juga yang nak aku jadi doktor. Hebat sangat ke doktor?

Situasi 2

Naqibah : Kita hendaklah mengaplikasikan ilmu yang belajar di kuliah dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh student medik telah membentuk team medik untuk memberikan nasihat dan

membantu pelajar-pelajar yang mengalami masalah kesihatan.

Dalam hati saya berkata-kata

“ Habeh tu, budak-budak usuluddin, lughah dan syariah ni nak buat apa pulak? Bentuk team khutbah ke team ulama?

Mungkin doktor mendapat tempat yang tinggi dalam kalangan measyarakat. Belajar kerajaan tanggung, lepas grade terus kerja, gaji pun besar dan macam-macam lagi kelebihan yang dikatakan.

Kalau pelajar jurusan agama ini pula, jarang sekali yang dapat biasiswa, kalau dapat biasanya duit zakat. Lepas grade belum tentu boleh kerja hebat-hebat, dapat mengajar sekolah rendah pun dah cukup baik dan berbagai-bagai lagi fikiran jumud pelajar agama.

Tetapi sebenarnya. Perbandingan itu terlalu materislitik atau bersifat fizikal untuk meletakkan kedudukan seseorang. Fikiran itu terlalu sempit dan tidak matang.

Kerana, saya yakin walaupun saya mengambil jurusan agama, saya juga bakal menjawat gelaran doktor.

Doktor yang merawat hati manusia.

Doktor yang berhadapan dengan on-call

Doktor yang memberikan perskripsi medicine kepada patient

Doktor yang bergaji besar di sisi Allah

Itulah sumbangan terbesar pelajar jurusan agama. Mereka mengkaji ilmu Allah dan mengaplikasikannya dalam bentuk ma'nawi yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Mereka tidak perlu membentuk team khutbah atau team ulama. Sumbangan mereka jauh lebih bermakna dari merawat pening dengan paracetamol.

Oleh itu, jangan menafikan peranan salah satu dari dua doktor itu. :)