Monday, October 24, 2011

HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH

Amatlah rugi lagi menyedihkan bagi mereka yang telah direzkikan Allah dengan sebaik-baik nikmat tetapi tidak mengambil kebaikan dari nikmat tersebut.


“ Umpama semut mati dalam timbunan gula”


Mungkin inilah kata-kata yang terbaik untuk menggambarkan mereka yang berada di Mesir atau negara lain tetapi tidak menggunakan kesempatan yang seketika itu untuk menyibukkan diri dengan majlis ilmu dan mengutip pengalaman sebanyaknya. Sama ada ilmu agama, ilmu kepimpipinan, ilmu pengurusan dan sebagainya. Kerana, peluang itu terbuka luas tetapi segelintir dari kita, para penuntut ilmu bagaikan sengaja membutakan mata dan melumpuhkan badan dari melihat kenyataan ini. Mereka yang lebih selesa menghabiskan masa dengan berjam-jam bermain game, melayari facebook, mengulang-ulang cerita korea dan lain-lain lagi.


Bagi saya yang masih lagi bertatih untuk bertutur dalam bahasa Arab, saya cuba menggunakan masa di kuliah sebaik-baiknya untuk bersembang-sembang kosong dengan rakan-rakan misriyin ini. Pantang buat saya untuk tidak berada di sebelah orang arab. Pantang juga buat saya untuk tidak memakai earphone sepanjang hari. Bukan mendengar lagu korea atau Misha Omar. Tetapi 'menyeronokkan' diri dengan mendengar coleteh DJ Izaatul Quran atan Sautul Arab minal Qaherah. Dua channel kegemaran saya yang sentiasa sibuk dengan tazkirah dan diskusi ilmiah. Moga usaha yang sedikit ini membolehkan saya fasih berbahasa Arab dalam masa 3 bulan. InsyaAllah.


Lebih menyedihkan, tatkala pulang ke tanah air dengan sangkaan penduduk kampung, mereka yang telah merantau jauh dari Malaysia ini bersedia mencurahkan bakti kepada ummat yang bertambah runcing permasalahannya, tetapi mereka tidak mampu berbuat demikian. Berbagai alasan diberikan untuk mengelakkan diri terlibat dengan gerak kerja mengislahkan masyarakat. Ya, akhirnya produk-produk 'oversea' ini menjadi fitnah kepada institusi pengajian sendiri.


Apa tunggu lagi? Bangun dan lihat ke dalam cermin. Siapakah dirimu 10 tahun lagi. Maka bersiaplah memacu perubahan. :)


Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami cenderung kepada kesesatan sesudah engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia.


Our Lord! Let not our heart deviate (from the truth) after You have guide us, and grant us mercy from Your own Presence; for You are the Besr Grantor ( of bounties without measure)



No comments:

Post a Comment