Friday, September 30, 2011

pujuklah hatimu


Bila harapan yang mengunung tinggi bagaikan hancur diranap angin taufan yang tak berpertanda

Bila kaki tak mampu melangkah bagaikan terikat oleh tali yang kuat mencengkam,

Bila mata hanya mampu memandang dari kejauhan melihat hak yang tidak berkesempaian

Bila hati cuma mampu meronta menjerit sekuatnya tanpa suara

maka, di saat itu,


Pujuklah dirimu mencari hikmah kebenaran yang tersirat..

Lupakan sementara hal yang mengecewakan

Senyumlah melihat mereka di sekelilingmu


Pasti, kembalikan segalanya kepada Pemiliknya, ya Allah..


ya. saya juga memujuk hati :)

Wednesday, September 21, 2011

Saya Pun Minat Zizan

A: Tengok cite ape?

B: Hantu Bonceng, Zizan berlakon kot, dengan Juliana Evans lagi tu.

“ adeh..cerita melayu ke? Tak ape lah....”

Buka MalaysiaKini.

Kenapa kecoh sangat pasal Hantu Bonceng ni? Kena tengok juga ni.

Saya menonton cerita ini dalam keadaan hati rela dan paksa, fikiran negatif dan positif, mulut cuba disilentkan dari kejian atau pujian. Dari awal sehinggalah ke akhir.

Saya MARAH tetapi tidaklah BERKOBAR-KOBAR

Saya MENGELENG KEPALA entah untuk ke berapa kalinya

Saya KASIHAN melebihi KESEDIHAN

Isu Zizan di hospital memang mengundang kontroversi dan kritikan. Senang Melodi nak buat cerita.Alhamdulillah, ramai yang menunjukkan sensitiviti mereka. Tidak sedikit yang lantang menyuarakan pendapat. Tapi sayang, saya bukanlah dalam kalangan mereka tersebut. Saya lebih berminat pada babak-babak lain.

Babak 1:

Baby membonceng Usu ke rumah. Setibanya mereka di rumah.

“ Alhamdulillah, syukur kita selamat sampai bla bla bla”

Babak 2:

“ Maaf, tak boleh salam, saya ada wudhuk “

Adegan antara Kunyit dan Ton.

Babak 3

Zizan dan Kunyit bersungguh-sungguh menangis setelah ditazkirah Cat

Babak biasa yang ada dalam filem Melayu. Babak mempermainkan Islam yang sudah terbiasa.Babak yang jelas menunjukkan kecelaruan kefahaman atau kekeliruan identiti. Nampak macam Islamik tapi sebenarnya something wrong somewhere. Dan yang lebih penting, nampak macam halal tapi sebenarnya HARAM.

Orang yang punya kefahaman cetek akan terfikir

“ Boleh kapel tapi kena selalu ingat Allah dengan banyak-banyak sebut nama Allah”

“ Kalau tak ada wudhu bolehlah sentuh perempuan”

“ Kalu nak bertaubat, kena nangis sungguh-sungguh cukuplah “

Itulah akibatnya bila niat mulia penerbit atau pengarah filem ini tidak mengikut manual yang tepat.Niat memberi kesedaran akhirnya menjadi penggalak kepada kemaksiatan. Kefahaman yang tiga suku menjadi lesen untuk menghalalkan yang haram. Dan kerana ini jugalah kesalahan Zizan di hospital tersebut boleh terlepas pandang oleh mereka.

Salah siapa?

Seadilnya kesalahan ini tidak boleh dipikul mereka berseorangan.

Mereka jahil dalam hal agama.

Mereka tidak mempunyai latar belakang ilmu agama yang tinggi.

Mereka juga tidak mempunyai penasihat khusus dalam bidang ini.

Isu ini juga bukanlah gimik untuk dipolitikkan.

Alangkah baiknya kalau.................

“ Wujudnya panel syariah yang bertindak sebagai SIRIM bagi filem-filem di Malaysia “

Niat suci mereka ini akhirnya dimurnikan dengan jalan yang lebih syarie. InsyaAllah, saya optimis jika alangkah menjadi realiti, saya bakal menjadi peminat no 1 cerita Melayu dan juga Zizan :)

Sunday, September 18, 2011

ONE DAY I AM DR FARIDA


Situasi 1

“ farida, kenapa tak ambil medik lepas SPM? “

“ Apa kata awak ambil degree dalam medik tapi dalam masa yang sama awak ambil degree dalam syariah juga”

mendengar dialog ini ditujukan kepada saya menyebabkan saya terfikir.

“ Ramai juga yang nak aku jadi doktor. Hebat sangat ke doktor?

Situasi 2

Naqibah : Kita hendaklah mengaplikasikan ilmu yang belajar di kuliah dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh student medik telah membentuk team medik untuk memberikan nasihat dan

membantu pelajar-pelajar yang mengalami masalah kesihatan.

Dalam hati saya berkata-kata

“ Habeh tu, budak-budak usuluddin, lughah dan syariah ni nak buat apa pulak? Bentuk team khutbah ke team ulama?

Mungkin doktor mendapat tempat yang tinggi dalam kalangan measyarakat. Belajar kerajaan tanggung, lepas grade terus kerja, gaji pun besar dan macam-macam lagi kelebihan yang dikatakan.

Kalau pelajar jurusan agama ini pula, jarang sekali yang dapat biasiswa, kalau dapat biasanya duit zakat. Lepas grade belum tentu boleh kerja hebat-hebat, dapat mengajar sekolah rendah pun dah cukup baik dan berbagai-bagai lagi fikiran jumud pelajar agama.

Tetapi sebenarnya. Perbandingan itu terlalu materislitik atau bersifat fizikal untuk meletakkan kedudukan seseorang. Fikiran itu terlalu sempit dan tidak matang.

Kerana, saya yakin walaupun saya mengambil jurusan agama, saya juga bakal menjawat gelaran doktor.

Doktor yang merawat hati manusia.

Doktor yang berhadapan dengan on-call

Doktor yang memberikan perskripsi medicine kepada patient

Doktor yang bergaji besar di sisi Allah

Itulah sumbangan terbesar pelajar jurusan agama. Mereka mengkaji ilmu Allah dan mengaplikasikannya dalam bentuk ma'nawi yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Mereka tidak perlu membentuk team khutbah atau team ulama. Sumbangan mereka jauh lebih bermakna dari merawat pening dengan paracetamol.

Oleh itu, jangan menafikan peranan salah satu dari dua doktor itu. :)

Saturday, September 10, 2011

Aku pergi dengan Tekad dan Janji

teringat malam akhir di kem bumi jati. ramai-ramai menyanyikan lagu patriotik. dan entah kenapa aku sangat tersentuh dengan serangkap lagu nyanyian Sudirman.

aku bukanlah seorang perwira, gagah menghunus senjata,
namun hati rela berjuang walau dengan cara sendiri,
demi cinta ini.....

Cinta terhadap Allah dan Rasul. bukan cintakan kerajaan 1Malaysia.

Sungguh aku tak mampu memikul senjata ke medan peperangan.
Sungguh aku tiada kemahiran mengendalikan kereta kebal
Sungguh aku tak reti mencipta bom dan peluru perang

Hanya ini yang termampu.
berusaha untuk menggunakan segala kelebihan dan anugerah Allah untuk mencari ilmu dan berdakwah.

Kerana itu, saya memilih untuh hijrah ke mesir. Hijrah yang membawa bersama misi dan harapan yang jelas. Hijrah bersama tekad dan keazaman yang tinggi. Hijrah yang turut meninggalkan segala yang tersayang.

Namun di sebalik semua itu, yang paling penting. Jangan lupa untuk menanamkan impianmu di tempat paling keras agar misi dan harapan yang berkobar-kobar itu tidak hilang dipukul ombak dan angin yang ganas.

Di batu? Bukan.
Di buku nota? Di sini, draft sahaja.
Di Microsoft Word? ya juga tapi bukan.

Di hatimu.

Tapi,

syaitan sentiasa membisikkan kejahatan ke dalam hati manusia : an-nas, ayat 5

sebagai manusia yang punya tahap iman yang nipis, kita tidak dapat lari dari hasutan syaitan. Rasa malas, penat, banyak kerja dan pelbagai lagi alasan yang menjadikan impian kita tadi semakin kabur. Di waktu itu, ingatlah

Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang: ar-Ra'd ayat 28

Bila rasa susah nak buka mata bangun Suboh, cepat-cepat sebut astaghfirullah.
Bila rasa banyak layan facebook, cepat-cepat sebut astaghfirullah
Bila rasa tak paham apa yang lecterur ajar, cepat-cepat sebut astaghfirullah.
Bila free saja, terus sebut astaghfirullah.

sehinggalah kita sebati dengan zikir. melatah pun keluar zikir.
Semoga tekad yang berkobar itu akan terus hidup hinggalah ke akhir hayat.
Aku 'Pergi" dengan tekad dan janji. Pulang dengan bukti :)

Monday, September 5, 2011

Lahirnya seorang khalifah

" terima kasih mak cik sebab lahirkan farida"

aku terdiam.......

umi tersenyum panjang

dalam hati bermonolog

"aku sendiri pun tak pernah cakap macam tuh"

inilah antara dialog yang terucap antara naqibahku dengan umi masa satu majlis di KISAS. dan setiap kali hari lahir aku tiba, dialog ini kembali berputar di fikiran aku. berterima kasih kah aku?

" Action speak louder than word "

cukup rasanya nak tunjukkan tanda terima kasih dengan tolong buat kerja rumah, perangai baik, belajar rajin.

but...

" word with action is the loudest"

segan nak cakap. bimbang hilang macho. tak sengaja terkeluar air mata nanti.

relax. do it step by step.

berterima kasihlah kerana itulah sikap pemimpin yang memakmurkan bumi dengan kasih sayang dan saling menghargai. u're born to be khalifah :)