Saturday, September 10, 2011

Aku pergi dengan Tekad dan Janji

teringat malam akhir di kem bumi jati. ramai-ramai menyanyikan lagu patriotik. dan entah kenapa aku sangat tersentuh dengan serangkap lagu nyanyian Sudirman.

aku bukanlah seorang perwira, gagah menghunus senjata,
namun hati rela berjuang walau dengan cara sendiri,
demi cinta ini.....

Cinta terhadap Allah dan Rasul. bukan cintakan kerajaan 1Malaysia.

Sungguh aku tak mampu memikul senjata ke medan peperangan.
Sungguh aku tiada kemahiran mengendalikan kereta kebal
Sungguh aku tak reti mencipta bom dan peluru perang

Hanya ini yang termampu.
berusaha untuk menggunakan segala kelebihan dan anugerah Allah untuk mencari ilmu dan berdakwah.

Kerana itu, saya memilih untuh hijrah ke mesir. Hijrah yang membawa bersama misi dan harapan yang jelas. Hijrah bersama tekad dan keazaman yang tinggi. Hijrah yang turut meninggalkan segala yang tersayang.

Namun di sebalik semua itu, yang paling penting. Jangan lupa untuk menanamkan impianmu di tempat paling keras agar misi dan harapan yang berkobar-kobar itu tidak hilang dipukul ombak dan angin yang ganas.

Di batu? Bukan.
Di buku nota? Di sini, draft sahaja.
Di Microsoft Word? ya juga tapi bukan.

Di hatimu.

Tapi,

syaitan sentiasa membisikkan kejahatan ke dalam hati manusia : an-nas, ayat 5

sebagai manusia yang punya tahap iman yang nipis, kita tidak dapat lari dari hasutan syaitan. Rasa malas, penat, banyak kerja dan pelbagai lagi alasan yang menjadikan impian kita tadi semakin kabur. Di waktu itu, ingatlah

Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang: ar-Ra'd ayat 28

Bila rasa susah nak buka mata bangun Suboh, cepat-cepat sebut astaghfirullah.
Bila rasa banyak layan facebook, cepat-cepat sebut astaghfirullah
Bila rasa tak paham apa yang lecterur ajar, cepat-cepat sebut astaghfirullah.
Bila free saja, terus sebut astaghfirullah.

sehinggalah kita sebati dengan zikir. melatah pun keluar zikir.
Semoga tekad yang berkobar itu akan terus hidup hinggalah ke akhir hayat.
Aku 'Pergi" dengan tekad dan janji. Pulang dengan bukti :)

4 comments:

  1. komen:

    amnah suka tulisan font nie..
    tambah chat box mungkin lgi bet kot nk komen..
    then..

    amboi berbicara tentang hati jgk yer..hehe..

    hati tu dasar,
    asas kekuatan..
    tak hairan mnjadi tumpuan..
    sakit di situ,
    bahgia pun di situ..
    sama2 kite jga hati kite..

    hehe..

    insyaAllah..zouq sgt bait2 rangkap terakhir tu..
    kena byk zikir igt Allah bila kite sedar byk buat lagha..hehe

    syukran~

    nice!

    ReplyDelete
  2. TQ sharing entry yg menarik ditambah dgn poem yg sgt meruntun kalbu...jemput singgah teratak usang ana..

    ReplyDelete
  3. salam ziarah ukhti..perkongsian yg menarik teruskan perjuangan..(^_^)

    ReplyDelete
  4. kalau ada button "like", ana "like"..
    sungguh, tersentuh bait kata2 nti ni. terasa macam untuk ana, hehe...selamat berjuang ye, sahabatku.

    ReplyDelete