Thursday, October 20, 2011

Kuliah oh kuliah.

Hari ini entah kali ke berapa aku ke kuliah. Entah, walaupun ramai kawan sebangsa denganku menunjukkan riak tidak selesa dengan keadaan kelas yang seba dhaif ditambah pula dengan perangai 'segelintir' minah-minah Arab yang agak 'sopan', aku tetap berkata, seronoknya pergi ke kuliah. :)


  1. Inilah peluangnya aku menge'test' keupayaan bahasa Arab yang telah aku pelajari ilmunya di Malaysia selama 7 tahun. Ya, suatu tempoh yang lama. Dan aku seyakinnya pasti ilmu ini hanya akan dicabar bila aku berada di gelanggangnya yang sebenar. Bila muncul cabaran sebegini, aku semakin berkobar-kobar menambahbaik kelompangan yang sememangnya wujud.

  2. Aku mula mengenal lebih dekat budaya, kecenderungan, minat dan sikap masyarakat yang berlainan bangsa, tempat tinggal, bahasa pertuturan tetapi SEAGAMA. Indahnya kelainan dalam kesatuan. Perbezaan itu kekuatan bukan perselisihan.

  3. Kagum dengan duktur dan dukturah yang mengajar dengan gaji yang sangat minima. Mengisi minda para pelajar dengan makanan intelek atau ilmu pengetahuan dengan harapan apabila pulangnya 'kami' ke tanah air, kami juga menyebarkan kalam syarahan mereka.

  4. Bus dan trenco yang sentiasa penuh tanpa mengira waktu sungguh mencuri tumpuanku. Manakan tidak. Bukan sekali dua aku diajukan soalan. “ malayzia au russia?” “ Ana malayzia” Acap kali jawapan ku bukannya disambut deretan soalan tetapi disambut dengan doa yang panjang. Mendoakan kejayaanku dunia dan akhirat. Siapa yang tidak mahu didoakan?


Banyak lagi yang bisa aku senaraikan tetapi cukuplah beberapa sebab yang aku kira cukup konkrit untuk memastikan jasad dan jiwaku hadir dalam setiap kuliah. Harapanku, bukanlah supaya semua orang menjadi seperti aku. Aku juga bukan ingin berbangga dengan diri sendiri.

Aku pasti setiap orang punya persepsi yang berbeza bagi setiap situasi yang muncul dalam hidup mereka. Namun, apa yang paling penting, bagaimanakah kita mampu melawan persepsi negatif itu agar menjadi booster dan motivasi untuk kita terus bertahan. Ya, tidak lain tidak bukan, pandanglah dengan pandangan hikmah. berfikirlah dengan fikiran POSITIF.

4 comments:

  1. malizia au rusia..mmng bajet!!

    ReplyDelete
  2. jawab je russia..hehe

    ReplyDelete
  3. Suka dgn ayat Perbezaan itu kekuatan bukan perselisihan...kori

    ReplyDelete
  4. anonymous>> jgn jeles. itu kenyataan. :P

    ReplyDelete